Skip to main content

TIPS : 5 TIPS & TRICK KETIKA MEMBELI MELALUI ONLINE !

Elak diri menjadi mangsa penipuan jualan atas talian 
Artikel kali ni Intan nak kongsikan beberapa langkah yang boleh digunakan untuk memastikan anda terima produk sepatutnya 
Sekarang nih macam-macam jenis Penipuan yang sedang berlaku...

Intan sebagai Seller pun takut bila nak membeli secara Online & memang akan pastikan bebetol then baru Intan beli...
Tambahan Pre Order.... Memang Intan akan review profile dia kekadang sampai Sebulan tau
Cerewet tak Intan 

Selain butik jenama yang mempunyai laman web sendiri, media sosial terutama Instagram atau Facebook Pages mempunyai jutaan ‘Kedai’ atau 'Restoran' dalam talian. 
Akaun khas bagi setiap produk berbeza dibuka untuk menawarkan servis dan barangan jualan kepada kita.

Intan yakin, sekarang ni mesti ramai di kalangan anda yang mempunyai akaun Instagram (IG) & Facebook Pages (FB) malah kebanyakannya juga boleh dianggap ‘Pembeli Tegar’ produk dalam talian. 
Ye la... Tanpa perlu bersusah payah ke pusat beli-belah, akaun jualan di Instagram / FB Pages menjadi pilihan remaja. 
Namun, bagaimana untuk kita elakkan diri daripada dianiaya
Memandangkan banyak aduan membabitkan penipuan jual beli atas talian direkodkan.

Kali ini Intan ada sedikit tips untuk dikongsikan kepada anda semua.

1. BACA TESTIMONI
  • Testimoni adalah ruangan komen atau kenyataan daripada pengguna lain yang sudah menggunakan servis atau produk terbabit. 
  • Perlu diingat, akaun IG / FB Pages yang memiliki jumlah pengikut yang ramai belum tentu sah dan meyakinkan kerana kuantiti pengikut boleh dibeli. 
  • Periksa komen di gambar produk atau gambar berkaitan yang dimuat naik sebelum membeli. Jika komen itu berbaur negatif ataupun ia ditulis oleh akaun ‘SPAM’, lebih baik cari akaun lain yang menjual barang sama.
2. CARI FAKTA SAH
  • Selain memeriksa testimoni, anda juga boleh melihat individu berkaitan yang pernah ditaja jenama terbabit. 
  • Sama ada membabitkan selebriti, kenalan rapat mahupun Insta-seleb, pastikan kesahihannya sebelum klik untuk membuat pembayaran.
3. LIHAT GAMBAR
  • Kebanyakan daripada pembeli akan kecewa kerana barang diterima berbeza daripada gambar yang dimuat naik di akaun terbabit. 
  • Anda perlu MEMASTIKAN KEASLIAN gambar yang Seller tersebut Share. 
  • Sama ada gambar produk diambil di Internet, dicuri daripada akaun lain atau dirakam sendiri oleh jurugambar mereka, anda tentukan. 
  • Lebih selamat jika anda berhubung dengan pembeli dan minta mereka untuk hantar gambar produk sama, namun dari sisi berbeza.
4. BANDING HARGA
  • Ribuan akaun jualan dibuka hampir setiap hari di Instagram. 
  • Barangan dijual juga ada kalanya hampir sama atau sama seperti beberapa akaun lain. 
  • Sebelum memutuskan untuk membeli, ada baiknya untuk anda bandingkan dulu harga dengan beberapa kedai online lain. 
  • Mungkin agak leceh, tapi ia untuk selamatkan poket anda dengan mendapatkan barang pada harga lebih murah.
5. KEMAS KINI BAYARAN
  • Selepas selesai membuat bayaran, jangan lupa untuk meminta ‘TRACKING NUMBER’ daripada penjual. 
  • ‘TRACKING NUMBER’  adalah nombor khas diberi oleh syarikat penghantaran barang untuk anda mengesan penghantaran barang berada di lokasi tertentu. 
  • Lebih mudah kerana anda boleh mengesannya melalui laman Web Syarikat penghantaran terbabit. 
  • Lebih Cepat, Mudah dan Selamat kan
Noted : Intan harap dengan Tips & Trik sebegini, anda semua TIDAK LAGI menjadi mangsa Penipuan Jualan atas Talian... Anda Boleh SHARE Artikel ini jika mahu 
Displaying phonto.jpg

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

GIVEAWAY WOMEN DESIRE BY INTAN

Salam semua... Sejak Intan terjebak dalam Blogger nih, Belom pernah sekalipun buat Giveaway tau Hari nih, Intan nak lancarkan satu Giveaway buat semua Blogger Wanita di luar sana.... Niat di hati memang dah lama nak buat tapi tak berkesempatan nak buat (Sebenarnye tak ada idea Skarang bila dah ada rezeki lebih sikit, terus rasa nak buat Giveaway & Share HOT PRODUCT kami dengan korang semua Hadiah yang kami tawarkan adalah seperti di bawah Jom cuci mata sikit 5 x Pemenang Bertuah FREE Combo Women Desire Jom ramai-ramai kita join bagi memeriahkan lagi GIVEAWAY ini... SYARAT-SYARAT GIVEAWAY : Tulis entry yang bertajuk  Giveway Women Desire By Intan  (WAJIB) Follow blog  https://intanbeautycenter2.blogspot.my   dan  Like Pages  Women Desire Kuala Lumpur   (WAJIB) Add To Circle Google+  (WAJIB) Contest ini akan berlangsung dari  10 September hingga 24th September 2015, 11.59PM Pemenang utama dipilih berdasarkan undian   Random.Org  ....

AJ AMPOULE : UNTUK KULIT CANTIK & SIHAT

RISAU KULIT MUKA TAK CANTIK, JERAWAT  JERAGAT   BERMINYAK   KUSAM Buatlah pilihan yang bijak untuk merawat masalah kulit wajah anda, pilihlah produk yang selamat & berkesan. Jom buat perubahan pada kulit wajah, setiap masalah kulit pasti ada penawarnya. MAMPU MENGATASI MASALAH KULIT ANDA 1000x Lebih penyerapan kepada kulit 85% Membekalkan collagen Kesan seawal 7 hari Botol kedap udara “hygienist” Merawat & Mencantikan kulit Mengandungi ekstrak botani & vitamin No mercury selamat digunakan Lulus KKM Formula from france 99% Effective Beauty Ampoules bertekstur halus membekalkan collagen, merangsang pertumbuhan kulit dan anti penuaan, bertindak 1000x lebih penyerapan kepada kulit menjadikan kulit lebih cerah dan lembut serta mengurangkan garis halus / kedutan. KELEBIHAN AJ AMPOULE : Menegangkan, mencerahkan dan melicinkan kulit. Mengatasi jerawat, jeragat, pigmentasi Mengecilkan liang roma yang terbuka Menghilangkan garis-garis halus di muka Kulit akan lebih gebu...

TOUJOURS ADVANCED COLLAGEN SHOTS : TERBAIK UNTUK KULIT & HARGA BERBALOI !

Toujours Advanced™ Collagen Shots Semakin Mendapat Perhatian Kesan Seawal 3 HARI  Harga BERBALOI-BALOI   APA ITU TOUJOURS ADVANCED  Toujours Advanced™ Collagen Shots ialah minuman kolagen tambahan untuk kecantikan dan kesihatan yang digandakan kebaikan dan khasiatnya dengan ekstrak buah-buahan dan makanan sunnah seperti delima, madu dan kurma.  Diperbuat daripada kolagen kelas tertinggi gred AAA daripada ikan kod, Toujours Advanced™ Collagen Shots adalah yang terbaik dalam kalangannya.  Ia sudah sedia dalam bancuhan yang sedap dan mudah ditelan, hanya koyak dan minum. KENAPA KITA MEMERLUKAN COLLAGEN TAMBAHAN   Semakin usia kita meningkat, penghasilan kolagen badan mula berkurangan. Kita tidak lagi seanjal, secerah dan semulus seperti waktu kita bayi dan kanak-kanak dan awal remaja. Tambahan pula, selain sistem penghasilan kolagen yang makin lambat, kolagen badan kita banyak dimusnahkan oleh tindakan radikal bebas, keracunan dalam sistem badan ekoran amalan ...